Sunday, March 7, 2010

Menghilangkan Beban atau Melipatgandakannya?

A friend of mine tagged me the below motivational note in her Facebook's note:

Ini adalah petikan dari sebuah buku karya Syed Alwi Alatas bertajuk "Bila Allah menduga kita"

Ketika kita ditimpa musibah atau dugaan, kita mempunyai dua pilihan: menghilangkannya atau melipatgandakannya?

Mari kita ikuti sebuah gambaran, yang mana kita pasti mengalaminya...

Seorang perempuan tua tengah asyik membersihkan ruang tamu rumahnya, dengan usianya yang
sudah lanjut, tangannya agak menggigil semasa bekerja. Tanpa sengaja dia menjatuhkan sebuah
pasu bunga yang cantik dan mahal. Pasu itu jatuh dan pecah berselerakan.

Cuba anda bayangkan sekiranya hal ini terjadi pada diri anda sendiri, mungkin akan muncul
perasaan menyesal yang mendalam, perasaan sedih dan kecewa. Jika benda ini kesayangan anda,
mungkin anda akan memikirkannya sepanjang hari dan hilang mood untuk melakukan aktiviti
lain. Dari masa ke semasa anda menyalahkan diri sendiri kerana bertindak kelam kabut dan
tidak berhati-hati. Bahkan anda mungkin mengutuk diri sendiri kerana kejadian itu...

Sedang perempuan tua tadi memang tersentak dengan jatuhnya pasu tersebut. Dia sangat sayang
dan mengetahui harganya yang mahal, tetapi bukannya dia sedih malah tertawa. Dia menatap
pecahan pasu bunga yang berselerakan di lantai itu lalu tersenyum sambil berkata,
"Alhamdulillah, ternyata kamu yang meninggalkan saya lebih dulu, bukan saya yang tinggalkan
kamu lebih awal"

Jom, kita renungkan sejenak...apa yang diucapkannya satu kebenaran yang sederhana. Sangat
sederhana, sehingga kita melupakannya. Benda indah itu memang sudah hancur meninggalkan
kita, tetapi bukankah kita sendiri masih sihat dan belum meninggal dunia. Mengapa harus
sedih berlebihan kerana kehilangan sesuatu benda? bukankah sebaiknya kita meneutralkan
dugaan dan kesedihan dengan sikap yang positif?

Kalau benda anda hilang atau pecah atau rosak, relakan saja. Jangan merasa sedih berlebihan.
Cukuplah benda itu saja yang pecah, Jangan pecahkan jiwa anda sendiri dengan penyesalan
yang tidak pada tempatnya...

Wallahu a'lam

No comments: