Tidak Tahu Baca Qur’an, Kuburnya Bercahaya Menjulang Ke Langit.
"Cerita untuk dikongsikan malam ini:
Tidak Tahu Baca Qur’an, Kuburnya Bercahaya Menjulang Ke Langit.
Oleh: abuhikam
"Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan
Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis
air mata.
Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di
suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya
yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke
langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.
Terpegun dan
kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah
kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau
ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan.
Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya
itu.
Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan
itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin
mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.
Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.
Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang
mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang
pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk
mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati
dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang
dilihat diperkuburan suaminya.
Anihnya isteri simati terkejut
dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa
. Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang
ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin,
bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia
tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar
menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.
Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati
selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati
teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali
sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur
suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu
diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh
kecintaan dan kasih sayang.
Ia akan duduk dan membelek
alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia
seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu
dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang
sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar
rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu
dengan penuh penyesalan.
“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku
tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas
kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak
mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.
Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat
mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan
engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri
simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani
alqur’an buah hati kesayangannya.
Begitulah suaminya setiap
malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan
suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah
yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu
dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda
seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran
yang maha suci ini.
Pastinya lelaki ini sangat mulia
peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat
mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan
dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di
dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang
bulan ramadhan, bulan pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis dan
disesuaikan semula untuk bacaan semua. "
Dipetik dari tulisan Abu Hikam."
Imported from Facebook. :)
No comments:
Post a Comment