Tuesday, May 31, 2011

Monday, May 30, 2011

Sharing for 30/5/2011

"Wahai diri ini, engkau ada masa tidur yang lama di masa hadapan. Esok engkau akan tidur lama di dalam kubur, kemungkinan engkau akan bahagia atau engkau akan merana. Jadi wahai Mu'azah, hari ini, pilihlah mana yang kamu ingin untuk besok hari..." - Mu'azah al-Adawiyyah

Saturday, May 28, 2011

World:Hereafter



"Ratio of sea is to land, 75:25. imagine dalamnya laut and luas laut atu and imagine berapa banyak species yg ada dalam ocean atu and only 10% saja yg kena found out masa ani. seakan2 inda teimagine luas and basarnya kn. significant nya dgn gambar ani kmu imagine lah sendiri, practicle sendiri lh hehe...peace! :p" - EZ

Friday, May 27, 2011

Valley Of The Wolves: Palestine



Four more days and it would be one year since the Flotilla Incident happened last year. And, this movie is based on that event...

Thursday, May 26, 2011

Don't Abuse Time

Rasul Allah (sal Allahu alaihi wa sallam) said: “Don’t abuse Time, for it is Allah Who is the Time.” [Sahih Bukhari]

Time exists in different forms in the universe. Allah (subhana wa ta’ala) is the Creator of everything tangible and intangible in the universe. Thus, to abuse something which is simply operating according to the physical laws Allah (subhana wa ta’ala) has defined for it, is to abuse its Creator.

A common trait of losers is that they blame time for not being able to do things; “I didn’t get the time to do __.” “There wasn’t enough time.” “I was too busy with __.” Winners, on the other hand, get the same 24 hours but manage to do whatever they want in it. Prioritise!



Taken from:
http://dailyhadith.adaptivesolutionsinc.com/hadith/Don%E2%80%99t-Abuse-Time.htm

Tuesday, May 24, 2011

Good Planning

"The Messenger of Allah (sal Allahu alaihi wa sallam) said: “There is no wisdom equal to good planning.” [Mishkat]

Although Rasul Allah was Allah’s Messenger he planned. Angels came to assist him but after he had planned to the best of his ability with the best resources that he could muster. This is because he had to set a precedent for us.

Allah (subhana wa ta’ala) does not need us to carry out His plans, or to serve His Deen. The reason we work for Allah’s Deen is only to give Allah (subhana wa ta’ala) an excuse to put us in Jannah. So also for Allah’s pleasure we plan, in order to do our best possible, and thus to show our sincerity.


Suppose you invite 30 people over for dinner. But you don’t plan a menu, don’t do groceries according to the menu, don’t clean the house, don’t make any seating arrangements and don’t prepare any food. The doorbell rings and your first guest arrives. Will you be considered sincere in your invitation when your guests find out that you are not prepared to receive them and have no food to serve them?

Sincerity shows in planning, while the outcome is always in Allah’s Hands. While we plan extensively for our education, careers, and holidays, should we not also plan for getting to Jannah?

To have no plan is to have a plan for failure. What’s your plan?"



Taken from:
http://dailyhadith.adaptivesolutionsinc.com/hadith/Good-Planning.htm

Bicara Kalbu Saat Aku Keliru



"Kena minta hidayah. Nabi lagi minta hidayah..." - Dr. Asri

Monday, May 23, 2011

Platelet Donation

Yesterday afternoon, alhamdulillaah, I donated blood for the 15th times with three of my friends.

And, I found out that rupanya ada jua ahh bila tani mau derma platelet tani. And, we need to selalu derma darahlah when we would like to donate our platelet.

So, to people who are reading this, please pray for me that I would be eligible to donate my platelet in the future, aamiin...

"I want to be useful to other people..." - Aya, One Litre of Tears

Lillaahi ta'aalaa...

Sunday, May 22, 2011

Sham Kamikaze Dapat Hidayah, Kita Pula Macam Mana?



Orang yang dulunya kuat main band pun boleh dapat hidayah dan berubah. :)

"Yaa muqollibal quluub, tsabbit qolbii 'alaa diinik."
Artinya:
"Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati ini di atas ugamaMu."

Doa ini adalah salah satu daripada dua doa yg paling banyak didoakan oleh Rasulullah SAW)

Saturday, May 21, 2011

Motivational... Period!



"Don't give up til you got nothing left!"

Friday, May 20, 2011

Draf Perintah Siap

Alhamdulillaah, another step towards the realization of Negara Zikir Brunei Darussalam. :)

"Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mei - Draf Perintah (Undang-Undang Jenayah Syariah) yang mengandungi jenayah-jenayah hudud, qisas dan diat yang belum dimaktubkan dalam mana-mana akta atau perintah atau undang-undang Brunei baik syariah mahupun sivil, telah pun siap, dan apabila dikuatkuasakan nanti banyak jenayah dan gejala sosial yang membimbangkan berlaku dalam negara ini dapat dikurangkan atau lebih baik lagi dihapuskan sama sekali.

Dalam Bahagian IV Draf berkenaan, di bawah tajuk Kesalahan-Kesalahan, terdapat jenayah-jenayah Hudud seperti Sariqah (curi), Hirabah, Zina, Qazaf dan sebagainya, manakala dalam Bahagian V pula terdapat jenayah Qisas dan yang berkaitan dengannya seperti Diat dan Arsy.

Menurut bekas Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Abdul Hamid Bakal (gambar), ia menunjukkan kerajaan telah pun berjaya dalam usahanya menyesuaikan sebahagian besar undang-undang Brunei dengan hukum syarak walaupun mengambil masa yang agak panjang mengenainya.

Menurut maklumat yang diberikan oleh pihak Unit Perundangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, setakat ini sudah ada 278 Akta dan 27 Perintah undang-undang yang telah selesai diteliti dan disesuaikan dengan hukum syarak, manakala ada 142 Akta dan 15 Perintah undang-undang yang telah diteliti dan didapati langsung tidak berlawanan dengan hukum syarak, jelas beliau.

Bagaimanapun draf berkenaan masih belum dapat disokong untuk tujuan penguatkuasaannya kerana ia masih perlu dihalusi lagi dan masih perlu dilengkapi dengan berbagai aturan yang tidak dapat tidak mesti ada, apabila Perintah itu dikuatkuasakan nanti.

Yang Berhormat Pehin menjelaskan demikian ketika merasmikan Seminar Isu-Isu Kontemporari Dalam Syariah dan Undang-Undang yang berlangsung di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas hari ini.

Beliau dalam ucaptamanya seterusnya menjelaskan jika ia belum dilengkapi sedemikian, pasti mahkamah bicara akan menghadapi kesulitan bahkan ada kemungkinan boleh menjejaskan keadilan dan menimbulkan kezaliman.

Sehubungan itu beliau mengemukakan empat daripada banyak isu, perkara atau aturan yang mesti diadakan sebagai pelengkap draf berkenaan, yang perlu dibincangkan dalam seminar anjuran Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) itu dan seterusnya mencadangkan perbincangan yang disepakati itu kepada pihak penggubal undang-undang.

Pertama: mengenai aturan bagaimana cara sebenar hukuman sebat dan rejam dilaksanakan, Kedua: mengenai aturan bagaimana wali mangsa bunuh membuat pengampunan kepada pembunuh dan bagaimana serta berapa banyak jumlah diat yang perlu dibayar oleh pembunuh.

Ketiga: mengenai aturan bagaimana menentukan sama ada satu kejadian jenayah yang telah selesai dibuat siasatan oleh pihak polis terhadap suspek bunuh dengan sengaja misalnya akan didakwa. Jika dalam perkara itu didapati ada kes Qisas, pihak manakah yang akan menentukan sama ada perkara itu dijadikan kes Qisas atau bukan Qisas.

Keempat: mengenai memberi kefahaman yang meluas kepada orang ramai, pihak manakah yang perlu memainkan peranan memberi penerangan atau kempen kesedaran tentang Perintah (Undang-Undang Jenayah Syariah) itu sama ada sebelum atau sesudah ia dikuatkuasakan dan lain-lain isu yang ada hubungkait dengan Perintah berkenaan.

Beliau menegaskan bahawa Allah Ta'ala menetapkan hukuman-hukuman berat bagi jenayah-jenayah hudud dan qisas itu tidak lain melainkan untuk mencegah manusia supaya jangan sekali-kali melakukan jenayah itu jika ingin selamat dari hukuman bunuh atau rejam atau sebat atau potong tangan dan sebagainya, dan ingin selamat daripada seksa dan azab Allah Ta'ala di akhirat kelak.

Ketika menyampaikan Kertas Perdananya di seminar itu beliau turut mengungsikan pengalamannya ketika mula memegang jawatan Ketua Hakim Syarie pada 26 Mac 2011 sebagai pengajaran. Beliau menceritakan pada ketika itu Aturan-Aturan Mahkamah Syariah (Peguam Syarie) 2002 belum wujud lagi, menyebabkan peguam-peguam Syarie belum dapat dilantik, padahal pada masa itu kes-kes rayuan sudah banyak menanti untuk diselesaikan.

"Natijahnya kes-kes rayuan itu terpaksa ditangguh bicaranya sehinggalah Aturan berkenaan dikuatkuasakan lebih setahun kemudian, memandangkan ramai pihak perayu berhajat untuk menggunakan khidmat Peguam Syarie dalam rayuan mereka, tetapi Peguam Syarie belum ada berikutan aturan bagi melantik mereka belum ada."

Penangguhan bicara itu menyebabkan timbulnya sungutan daripada pihak-pihak yang terlibat, sehingga ada 2-3 kali orang ramai menulis di dalam akhbar-akhbar tempatan mengenai isu berkenaan, ceritanya lanjut.

Itulah salah satu akibatnya jika sesuatu undang-undang yang berkuatkuasa tetapi aturan-aturan mustahak mengenainya tidak atau belum dibuat dan dikuatkuasakan bersama, tekannya bagi menjelaskan kenapa Draf Perintah (Undang-Undang Jenayah Syariah) yang sudah siap itu perlu dihalusi dan dilengkapkan lagi sebelum boleh dikuatkuasakan, ujarnya."


Taken from:
http://www.mediapermata.com.bn/rabu/may18t1.htm

Thursday, May 19, 2011

Harun Yahya Conference (ILIA, UBD): The Conclusion



This is the best of the best part of last two week's 5th May Harun Yahya Conference: the conclusion! I remembered I closed my eyes masa atu with both of my hands pasal betapa malunya diri ani...

Wednesday, May 18, 2011

Abu Bakr's Constant Worry, Love and Respect for our Beloved Rasulullah SAW

"Rasullullah SAW and Abu Bakar were on their way to Medinah, and along the way, Abu Bakar would sometimes walk in front of Rasullullah and then walk behind him. Walk in front again and then walk behind again. And this went on for ages.

Rasullullah was amused by this. So when they stopped for a break, Rasullullah asked Abu Bakar why did he keep on switching front to back and vice versa.

Abu Bakar replied “Ya Rasullullah, when I think of the dangers that could befall onto you, I would rather risk my life to protect you and walk in front of you so I can be at the receiving end of your wounds. But when I remember that you are Our Prophet, the one who was sent to guide the Ummah, then I would walk behind you because you are our leader.”

Masha-Allah ! You can tell this man had no moment of peace in his mind because he was constantly thinking of protecting Rasullullah and at the same time respecting him.

One time when they needed funds for battle, Rasullullah asked his sahabah to contribute money and Abu Bakar gave all of his wealth.

Rasullullah asked “Ya Abu Bakar, what have you left for your wife and children?”

Abu Bakar replied “Allahu Wa Rasool” - Allah and His Rasul.

Allahu a'lam..."


Taken from:
https://www.facebook.com/notes/splendor-of-imaan/abu-bakrs-constant-worry-love-and-respect-for-our-beloved-nabi/202759649760358


Iman Sayyidina Abu Bakr lebih berat daripada semua umat Rasulullah SAW, which means dari iman orang yang pertama sekali masuk Islam, Sayyidatina Khadijah RA, sehingga orang yang terakhir sekali beriman sebelum tibanya hari kiamat... ♥

Tuesday, May 17, 2011

Monday, May 16, 2011

Jangan Cuai-Cuaikan Hak Allah SWT

Sayyidina Umar mempunyai beberapa orang anak laki-laki, di antaranya ialah Abdul Rahman bin Umar. Ia juga terkenal dengan panggilan Abu Syahamah.

Suatu hari Abu Syahamah diuji oleh Allah dengan satu penyakit yang dideritainya selama kira-kira setahun. Berkat kesabaran dan usahanya akhirnya penyakit tersebut dapat disembuhkan. Sebagai mensyukuri dan tanda gembira terlepas dari ujian Allah ini, Abu Syahamah yang sudah lama tidak keluar rumah itu menghadiri majlis jamuan besar-besaran di sebuah rumah perkampungan Yahudi atas jemputan kawan-kawannya yang juga terdiri daripada kaum Yahudi. Abu Syahamah dan kawan-kawannya berpesta sehingga lupa kepada larangan Allah dengan meminum arak sehingga mabuk.

Dalam keadaan mabuk itu, Abu Syahamah pulang melintasi pagar kaum Bani Najjar. Dia ternampak seorang perempuan Bani Najjar sedang berbaring, lalu mendekatinya dengan maksud untuk memperkosa. Apabila perempuan itu mengetahuinya dia berusaha untuk melarikan diri sehingga berjaya mencakar muka dan mengoyakkan baju Abu Syahamah. Malangnya dia tidak berdaya dan berupaya menahan Abu Syahamah yang sudah dikuasai oleh syaitan. Akhirnya terjadilah perkosaan.

Akibat perkosaan tersebut perempuan itu hamil. Setelah sampai masanya anak yang dikandung oleh perempuan itu pun lahir, lalu dibawa ke Masjid Rasulullah shallallahu „alaihi wasallam untuk mengadap Amirul Mukminin bagi mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya. Kebetulan yang menjawat jawatan khalifah pada waktu itu ialah Sayyidina Umar ibnu Khattab.

Setelah perempuan itu pulang Sayyidina Umar berkata kepada sahabat-sahabatnya: Wahai sekalian sahabat Rasulullah, tetaplah kamu di sini sehingga aku kembali.

Sayyidina Umar terus pergi menemui anaknya Abu Syahamah untuk mendengar pengakuan anaknya : Memang benar aku lakukan hal itu, tapi aku telah menyesal di atas perbuatanku itu.

Sayyidina Umar menegaskan: Tiada guna bagimu menyesal setelah berbuat suatu kerugian. Sesungguhnya engkau adalah anak Amirul Mukminin tiada seorang pun yang berkuasa mengambil tindakan ke atas dirimu, tetapi engkau telah memalukan aku di hadapan sahabat Rasulullah shallallahu alaihi wasallam.

Kemudian Sayyidina Umar memegang tangan Abu Syahamah lalu membawa ke tempat para sahabat yang sudah sekian lama menunggu.
Apabila sampai di hadapan para sahabat mereka pun bertanya: Siapakah di belakangmu wahai Amirul Mukminin?" Jawab Sayyidina Umar: "Wahai sahabatku, sesungguhnya di belakang aku ini adalah anakku sendiri dan dia telah mengaku segala perbuatannya, benarlah perempuan yang menyampaikan khabar tadi.

Kemudian Sayyidina Umar memerintah budaknya (hambanya): Wahai Muflih, pukullah anakku Abu Syahamah, rotanlah dia sehingga dia merasa sakit, jangan kasihani dia, setelah itu kamu aku merdekakan kerana Allah.
Muflih agak keberatan untuk melakukannya kerana khuatir tindakannya itu akan memberi mudharat kepada Abu Syahamah, tetapi terpaksa mengalah apabila diperintah oleh Sayyidina Umar. Tatkala dia memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali, kedengaranlah Abu Syahamah dalam kesakitan: Wahai ayahandaku, rasanya seperti api yang menyala pada jasadku.

Jawab Sayyidina Umar: Wahai anakku, jasad ayahmu ini terasa lebih panas dari jasadmu.

Kemudian Sayyidina Umar memerintah Muflih memukul sebanyak sepuluh rotan lagi. Berkata Abu Syahamah: "Wahai ayahandaku, tinggalkanlah aku supaya aku dapat mengambil sedikit kesenangan.

Jawab sayyidina Umar: Seandainya ahli neraka dapat menuntut kesenangan, maka aku pasti akan berikan kepadamu kesenangan.

Setelah itu Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh rotan lagi. Abu Syahamah merayu: Wahai ayahandaku aku mohon kepadamu dengan nama Allah, tinggalkanlah aku supaya aku dapat bertaubat.

Jawab Sayyidina Umar dengan pilu: "Wahai anakandaku, apabila selesai aku menjalankan hak Allah, jika engkau hendak bertaubat pun maka bertaubatlah dan jika engkau hendak melakukan dosa itu lagi pun maka lakukanlah dan engkau akan dipukul seumpama ini lagi.

Selanjutnya Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali sebatan lagi. Abu Syahamah terus merayu: Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu berilah aku minum seteguk air.

Sayyidina Umar menjawab dengan tegas: "Wahai anakandaku, seandainya ahli neraka dapat meminta air untuk diminum, maka aku akan berikan padamu air minum.

Perintah Sayyidina Umar diteruskan dengan meminta Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Abu Syahamah mohon dia dikasihani: Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu kasihanilah aku.

Sayyidina Umar dengan sayu menjawab: Wahai anakandaku, kalau aku kasihankan kamu di dunia, maka engkau tidak akan dikasihani di akhirat.

Sayyidina Umar selanjutnya memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali sebatan. Abu Syahamah dengan nada yang lemah berkata: "Wahai ayahandaku, tak kasihankah ayahanda melihat keadaan aku begini sebelum aku mati?

Sayyidina Umar menjawab: Wahai anakandaku, aku akan hairan kepadamu sekiranya engkau masih hidup dan jika engkau mati kita akan berjumpa di akhirat nanti.

Sayyidina Umar terus memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Dalam keadan semakin lemah Abu Syahamah berkata; Wahai ayahandaku, rasanya seperti sudah sampai ajalku.

Sayyidina Umar dengan perasaan sedih berkata: Wahai anakandaku, jika engkau bertemu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, sampaikan salamku kepadanya, katakan bahawa ayahandamu memukul dirimu sehingga kau mati.

Di saat yang semakin hiba ini Sayyidina Umar terus menyuruh Abu Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali rotan. Setelah itu Abu Syahamah dengan kudrat yang semakin lemah berusaha memohon simpati kepada para hadirin: Wahai sekalian sahabat Rasulullah, mengapa kamu tidak meminta pada ayahandaku supaya memaafkan aku saja?

Kemudian salah seorang sahabat pun menghampiri Sayyidina Umar dan berkata: Wahai Amirul Mukminin, hentikanlah pukulan ke atas anakmu itu dan kasihanilah dia.

Sayyidina Umar dengan tegas berkata: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, apakah kamu tidak membaca ayat Allah dalam surah an-Nuur ayat 2 yang tafsirnya: Jangan kamu dipengaruhi kasihan belas pada keduanya dalam menjalankan hukum Allah.

Mendengar penjelasan Sayyidina Umar itu, sahabat Rasulullah pun diam tidak membantah, sementara itu Sayyidina Umar terus memerintah Muflih memukul sepuluh sebatan lagi.

Akhirnya Abu Syahamah mengangkat kepala dan mengucapkan salam dengan suara yang sangat kuat sebagai salam perpisahan yang tidak akan berjumpa lagi sehingga hari kiamat.

Kemudian berkata Sayyidina Umar: Wahai Muflih, pukullah lagi sebagai menunaikan hak Allah. Muflih pun meneruskan pukulan untuk ke seratus kalinya.

Wahai Muflih, cukuplah pukulanmu itu, perintah Sayyidina Umar apabila melihat anaknya tidak bergerak lagi. Setelah itu Sayyidina Umar mengisytiharkan: "Wahai sekalian umat Islam, bahawasanya anakku Abu Syahamah telah pergi menemui Allah." Mendengar pengumuman itu ramailah umat Islam datang ke masjid sehingga masjid menjadi sesak. Ada di antara mereka sedih dan terharu, malah ramai yang menangis melihat peristiwa tersebut.

Menurut sumber lain bahawa kematian Abu Syahamah adalah disebabkan oleh pukulan rotan ayahnya sendiri Sayyidina Umar Radhiallah 'Anhu.

Setelah selesai jenazah Abu Syahamah dikebumikan, pada malamnya Ibnu Abbas Radhiallahu 'Anhuma bermimpi bertemu dengan Rasulullah Sallalllahu 'Alaihi Wasallam yang wajah baginda seperti bulan purnama, berpakaian putih manakala Abu Syahamah duduk di hadapan baginda dengan berpakaian hijau. Setelah itu Rasululah Sallallahu 'Alaihi Wasallam berkata: "Wahai anak bapa saudaraku, sampaikan salamku pada Umar dan beritahu kerpadanya bahawa Allah telah membalas setiap kebajikannya kerana tidak mencuai-cuaikan hak Allah dan suatu kebahagiaan baginya sebab Allah telah menyediakan baginya beberapa mahligai dan beberapa bilik di dalam Jannatun Na'im. Bahawa sesungguhnya Abu Syahamah telah sampai pada tingkatan orang-orang yang benar di sisi Allah Yang Maha Kuasa.


Taken from:
https://www.facebook.com/notes/hamiltonian-iznan/siuk-jangan-cuai-cuaikan-hak-allah/200463609998605

Other sources:
"Sebatan yang ke-95 kali, Sayyidina Umar RA melihat anaknya masih hidup, selepas sebatan ke-100 kali, habis tia." You could also refer to Kuliah Mufti Brunei in the past about this story.

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat..." - Surah An-Nur, ayat 2

Dan Sayyidina Umar RA melaksanakan syariat Allah SWT kepada Abu Syahamah, anaknya sendiri, semasa pemerintahannya sampai anaknya sendiri wafat. Sedih hati ani membaca kisah ani. If we were in Sayyidina Umar's position, what would we do?

Sunday, May 15, 2011

27 Kali Ganda



Solat jama'ah is like "buy 1, free 26!"

Saturday, May 14, 2011

Sabarlah Wahai Hati



Sabarlah wahai hati...

Friday, May 13, 2011

Sharing for 13/5/2011

"Wahai manusia, kamu adalah orang yang faqir (begger/berkehendak/sangat-sangat memerlukan) kepada Allah (SWT)..." - Surah Al-Fatir, ayat 15

Thursday, May 12, 2011

Salamfone - Berinfaq Sambil Berhubung



Mudahan ja ada macam ani di sini, aamiin~

Wednesday, May 11, 2011

Tuesday, May 10, 2011

Sharing For 10/5/2011

Rasulullah SAW pernah ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk syurga. Nabi menjawab, taqwa kepada Allah dan akhlak mulia. Nabi juga ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk neraka. Maka Rasulullah SAW menjawab, mulut dan kemaluan (hadits riwayat Imam Tirmidzi).

Monday, May 9, 2011

Iklan 'Jawatan Kosong'


Taken from:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150299831264572&set=a.393577579571.209827.331481044571&type=1&theater

Bagus ni bila ada iklan macam ani di negara dzikr tani. Insya-Allah, peratus masalah sosial di negara tani sedikit sebanyak akan turun dengan adanya iklan macam ani.

Sunday, May 8, 2011

The Recent Events In Egypt Are Signs Of The Coming Of Hazrat Mahdi (AS)



Wallaahu a'lam... Apa-apa pun, tani perlu bersedia untuk kiamat yang sangat dekat arah kitani. And, what is that? Kematian. Tani buleh mati lima minit lapas ani dengan izin Allah SWT. Allah-lah yang maha mengetahui.

Saturday, May 7, 2011

Girl Takes A Terrible Fall During A Race - But Wait Til You See What Happens Next!



I cried the first time I watched this video. And, cried again the other time I watched this video. And, as I reflect myself, I cried again.

Life is all about pleasing Allah, and afraid of displeasing Allah SWT. Yet, we, as humans, still continue to make sins and displease Allah. And, for sure, we would continue to make sins. And therefore, when we 'go down' in pleasing Allah, we should never stop in pleasing Allah until the end of our life!

This video is really very inspirational. Thank you Allah for motivating me more to please you and afraid of displeasing you through miss Heather Dorniden!

Friday, May 6, 2011

Melihat Sambil Ber'ibadah

Daripada 'Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah 'ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Qur'an dan melihat lautan." - Hadits riwayat Imam Abu Nuaim

Dan ditambah dengan "Melihat Ka'bah." - Hadits riwayat Imam Abu Daud

Thursday, May 5, 2011

Salah Satu Daripada Khutbah-Khutbah Rasulullah SAW

"Wahai manusia, marilah ke Tuhan kalian. Sesuatu yang sedikit dan mencukupi lebih baik daripada yang banyak dan membuat lalai. Wahai manusia, hanya ada dua jalan, yaitu jalan kebaikan dan jalan kejahatan. Apa yang membuat kalian lebih menyukai jalan kejahatan daripada jalan kebaikan?" - HR Thabrani

"Beruntunglah orang yang masuk Islam, hidup apa adanya dan ia merasa redha."
- HR Tirmidzi dan Hakim

Wednesday, May 4, 2011

Sharing For 4/5/2011

"Andai seorang mujahid itu gugur syahid, maka dengan izin Allah, pasti akan lahir beribu mujahid yang lain..." - Taken from my friend's status on Facebook

Tuesday, May 3, 2011

Kematian Osama bin Laden : Respon Saya (Tuan Guru Nik Abdul Aziz)

by Nik Abdul Aziz Nik Mat on Tuesday, May 3, 2011 at 3:35pm

1) Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

2) Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.

3) Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.

4) Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

5) Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?
Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M


Taken from:
http://www.facebook.com/notes/nik-abdul-aziz-nik-mat/kematian-osama-bin-laden-respon-saya/223571024327139

Monday, May 2, 2011

Sharing For 5/2/2011

Rasulullah SAW bersabda: "Andaikan hati Bani Adam tidak dikelilingi syaitan, mereka mampu melihat kerajaan langit." - Hadits riwayat Imam Ahmad

Pentingnya membersihkan hati, implikasi menajamkan mata hati, insya-Allah. Jaga lah hati, lantera hidup ini.


Thanks to my friend who shared the above on Facebook.

Sunday, May 1, 2011

How Many Men Are You Worth?



Zubair ibnu Awwam = 1,000 men