Monday, February 28, 2011

Syaikh Qaradawi´s 'Victory Speech' at Tahrir Square



Wallaahi, I really love his speech especially the last part! ♥ Banyak buku-bukunya bejual di kadai-kadai. ;)

Thursday, February 24, 2011

Wednesday, February 23, 2011

Saturday, February 19, 2011

Kisah Hanzalah

“Mengapa dengan kamu?” Abu Bakar bertanya.

“Hanzalah sudah jadi munafiq. Hanzalah sudah jadi munafiq. Hanzalah sudah jadi munafiq!” kata Hanzalah, penuh kesal.

Terkejut Abu Bakar mendengarnya.

“Mengapa kamu berkata begitu?” Abu Bakar meminta penjelasan.

“Semasa aku duduk di dalam majlis Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan mendengar tentang Syurga serta Neraka, iman aku meningkat kepada keadaan yang baik. Tetapi tatkala aku bekerja dan kembali kepada keluargaku, imanku terjejas dan menurun. Hanzalah sudah jadi munafiq!” cerita Hanzalah.

Keterangan itu menggusarkan Abu Bakar. Beliau juga merasainya.

Mereka berdua pergi bertemu dengan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan menceritakan kisah kebimbangan Hanzalah yang amat signifikan itu. Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

“Demi Dia yang jiwaku berada di tangan-Nya, jika kamu sentiasa berada di tahap yang sama seperti ketika mana kamu bersama denganku dan semasa mengingati Allah, nescaya Malaikat akan berjabat tangan denganmu ketika kamu berhenti rehat atau berjalan! Akan tetapi, wahai Hanzalah, ada masa untuk ini dan ada masa untuk itu (Baginda mengulang menyebutnya tiga kali)” [Hadith riwayat Muslim].

Dalam bahasa yang lebih mudah, jika keadaan dirimu sentiasa baik seperti di dalam majlis ilmu dan ketika di luar majlis ilmu, nescaya Malaikat itu akan tabik spring dengan kamu! Hebatlah jika begitu. Namun ia menyalahi tabiat manusia. Iman itu pasang dan surut. Agama Islam, tidak pernah menafikan hal yang amat fitrah ini. Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menegaskan kenyataan berikut:

“Ada masa untuk ini dan ada masa untuk itu (Baginda mengulang menyebutnya tiga kali)…”


Masa bekerja, perlu bekerja. Masa mengaji, perlu mengaji. Masa sibuk, sibukkan diri. Masa berehat, perlu berehat.


Sumber:
http://saifulislam.com/8337


P.S: I really and really love this story. Puas dah ku mendangar cerita hebat ani. Balik-balik mendangar pun inda pandai boring. Tani perlu mencontohi sifat Hanzalah ani yang sangat sensitif dengan keadaan imannya.

Thursday, February 17, 2011

Ain Jalut: Pelajaran Umat Islam Kini



Some historians said that Islam would be no more if we lost in the Battle of Ain Jalut which took place on one of the last ten days of the holy fasting month of Ramadhan 658 Hijrah. Valuable lessons could be learned before, during, and after this battle which we could relate to the present situation.

Wednesday, February 16, 2011

Renungan Iman



Yaa Allaah... Sungguh buta dan sungguh ego hati ani... :(

Tuesday, February 15, 2011

Monday, February 14, 2011

Rindu Muhammadku - Haddad Alwi, Anti & Vita



Yaa Rosuulullaah, salaamun 'alaik... :)

Friday, February 11, 2011

Nina Explains: The Situation in Egypt



Oh lord, I love this girl! Damit-damit sudah pandai menjawab masalah ummah yang menderita di luar sana.

Monday, February 7, 2011

Saturday, February 5, 2011

Friday, February 4, 2011

Wasiat Syaikh Sya'rawi



"Dan sesungguhnya aku (Syaikh Mutawalli Sya’rawi), wahai Tuan Presiden, aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah. Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku menjadi munafiq. Aku tidak akan mempamerkan diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu. Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama ada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa. Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka. Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan). Allah Taala telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata? “Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)…” – Surah al-Baqarah, ayat 258


Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia. Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu. Aku berkata kepada kamu sekalian, Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :“Wayamkuruuna wayamkurullah...” (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang). Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah: “Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida...” (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga). Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik. Sabda Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam:


“Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya...”


"Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita!" Syaikh Mutawalli Sya’rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata: “Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq (menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban (untuk menghadapi kami)...”


Ulama’ mesti sentiasa berkata benar tak kira pada siapa, dan memahami kepentingan dakwahnya. Mana lebih patut didahulukan dari yang lain. Ada yang mengatakan kepada saya ulamak mestilah non-partisan dan bersikap bebas. Saya katakan, jika ulama’ tidak berpihak kepada kebenaran dan tidak menzahirkannya, bagaimana masyarakat umum boleh mencontohi dan mendukung kebenaran? Maka ulama mesti partisan. Ulama' mesti menunjukkan sokongan. Mesti menzahirkan “pihak”nya. Iaitu pihak kebenaran. Pihak yang memperjuangkan Islam, dan membenteras keboborokan kezaliman pemerintah.

Thursday, February 3, 2011

The Coming Insurrection: Egypt



This video explains pasal apa kejadian di Mesir ani akan CHANGE the world. Hmmm...

Wednesday, February 2, 2011

Egypt: A Nation Forced Offline



"Stay informed and educate the people you know..."