Jika orang kafir seperti Abu Lahab,
Yang jelas mengecam Nabi Muhammad (SAW),
Celaka kedua-dua belah tangannya,
Dan kekal di dalam neraka,
Dikabarkan bahawa setiap hari Isnin,
Dia diringankan sedikit seksanya,
Hanya kerana kegembiraannya,
Dengan kelahiran Nabi Muhammad (SAW),
Maka tidak dapat dibayangkan,
Dengan orang yang sepanjang hayatnya,
Gembira dengan Nabi Muhammad (SAW),
Dan mati pula dalam bertauhid kepada Allah.
- Bait-bait syair Al-Hafiz Syamsuddin Muhammad bin Nashiruddin Al-Dimasyqi
No comments:
Post a Comment