Detik waktu kelahiran seorang bayi dihiasi tangis
Nyaring berkumandang menyapa telinga ibu Lalu melonjak hati ibu Penawar sakit dan lesu
Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang bakal mewarnai bumi berdakwatlah airmata Hidup dimulakan oleh sebuah tangisan dicelahi oleh tangisan diakhiri dengan tangisan
Airmata manusia sentiasa dalam dua yang menguntungkan atau merugikan
Sabda Rasulullah S.A.W :“Dua titisan air yang Allah cintai, Darah para syuhadak dan air mata kerana takutkan Allah”
Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda:“Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali,”
Nikmat disambut ria Ujian menjemput duka
Namun ALLAH S.W.T telah berfirman:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu , pada hal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al- Baqarah:216)
Menangislah wahai diri agar senyummu banyak di kemudian hari Kerana nasibmu belum pasti Di sana nanti lembaran sejarahmu dibuka satu persatu
Menangislah seperti Saidina Ali dengan hibanya berkata:“Wahai dunia.... janganlah kau tipu aku.Tipulah orang lain.”
Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:“Kalau semua manusia masuk syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu,”
Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya:Kenapakah engkau menangis”Jawabnya:“Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar ke medan perang.”
Menangislah seperti Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan Lalu diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidupnya
Ibnu Mas’ud r.a berkata:“Seseorang yang mengerti Al- Quran dikenal waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain sedang tertawa, diamnya di waktu orang lain bicara khusyuk di waktu orang lain berbangga. Seharusnya orang yang mengeti al-Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras,kejam lalai, bersuara keras dan marah.”
Tanyailah orang- orang soleh mengapa mereka banyak menangis. Mereka akan menjawab:“Bagaimana hendak gembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan, Qiamat itu janjian kami, Neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah Allah.” Mereka menangis di sini sebelum menangis di sana
Dan kita bagaimana?... menangislah kerana kita tidak menangis seperti mereka menangis
Karya nan indah nukilan rasa Ustaz Pahrol Mohd Juoi, antologi puisi “Jendela Hati”,1993 Posted by احمد سيوطي at 6:38 PM
copypaste from: http://ahmed-utea.blogspot.com/2010/04/menangislah-kerana-tidak-menangis.html
Taken from: Facebook.
No comments:
Post a Comment