Ucapan Selamat Hari Raya daripada hadis-hadis sahih ialah:
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
“Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan dari kamu”. (Lihat: Fathul Bari 2/446)
Ibnu Hajar rahimahullah berkata: Dari Jubair bin Nufair ia berkata:
كَانَ اَصْحَابُ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، اِذَا الْتَقَوْا يَوْمَ الْعِيْدِ يَقُوْلُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ : تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ
“Para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam apabila bertemu di Hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain: Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan darimu”. (Lihat: Fathul Bari 2/446)
Menurut Ibnu Hajar, isnad hadis ini hasan. (Lihat: Fathul Bari 2/446) Ibnu Taimiyah apabila ditanya tentang ucapan selamat pada Hari Raya beliau menjawab:
“Katakanlah kepada yang lain apabila bertemu dengan ucapan:
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
“Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan dari kamu”. (Lihat: Majmu’ al-Fatawa 24/253)
اَحَالَ اللهُ عَلَيْكَ
“Allah telah menghalalkan kepada kamu”. (Lihat: Whusul al-Amani bi Usul at-Tahani. Al-Jalal as-Suyuti)
Imam Ahmad rahimahullah berkata: “Aku tidak pernah memulakan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seseorangpun, namun bila ada orang mendahulukan mengucapkan itu, aku akan menjawabnya. Kerana menjawab ucapan selamat itu wajib, sedangkan mendahului ucapan tersebut bukanlah sunnah yang diperintahkan dan tidak pula dilarang. Sesiapa mengerjakannya maka baginya ada contoh dan siapa yang meninggalkannya baginya juga ada contoh”. (Lihat: Whusul al-Amani bi Usul at-Tahani. Al-Jalal as-Suyuti)
Ibnu Qudamah rahimahullah menjelaskan: “Muhammad bin Ziyad berkata: Aku pernah bersama Abu Umamah al-Bahali dan selainnya dari kalangan para sahabat Nabi. Mereka bila kembali dari solat Hari Raya berkata sebahagiannya dengan ucapan (Lihat: Al-Mughni 2/295):
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
“Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu”.
Menurut Imam Ahmad: “Isnad hadis Abu Ummah jayyid (baik). (Lihat: Al-Jauharun Naqi 3/446) Begitu juga Imam Suyuti berkata: Isnad hadis ini hasan. (Lihat: Al-Hawi 1/81)
No comments:
Post a Comment