Tuesday, May 10, 2011

Sharing For 10/5/2011

Rasulullah SAW pernah ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk syurga. Nabi menjawab, taqwa kepada Allah dan akhlak mulia. Nabi juga ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk neraka. Maka Rasulullah SAW menjawab, mulut dan kemaluan (hadits riwayat Imam Tirmidzi).

Monday, May 9, 2011

Iklan 'Jawatan Kosong'


Taken from:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150299831264572&set=a.393577579571.209827.331481044571&type=1&theater

Bagus ni bila ada iklan macam ani di negara dzikr tani. Insya-Allah, peratus masalah sosial di negara tani sedikit sebanyak akan turun dengan adanya iklan macam ani.

Sunday, May 8, 2011

The Recent Events In Egypt Are Signs Of The Coming Of Hazrat Mahdi (AS)



Wallaahu a'lam... Apa-apa pun, tani perlu bersedia untuk kiamat yang sangat dekat arah kitani. And, what is that? Kematian. Tani buleh mati lima minit lapas ani dengan izin Allah SWT. Allah-lah yang maha mengetahui.

Saturday, May 7, 2011

Girl Takes A Terrible Fall During A Race - But Wait Til You See What Happens Next!



I cried the first time I watched this video. And, cried again the other time I watched this video. And, as I reflect myself, I cried again.

Life is all about pleasing Allah, and afraid of displeasing Allah SWT. Yet, we, as humans, still continue to make sins and displease Allah. And, for sure, we would continue to make sins. And therefore, when we 'go down' in pleasing Allah, we should never stop in pleasing Allah until the end of our life!

This video is really very inspirational. Thank you Allah for motivating me more to please you and afraid of displeasing you through miss Heather Dorniden!

Friday, May 6, 2011

Melihat Sambil Ber'ibadah

Daripada 'Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah 'ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Qur'an dan melihat lautan." - Hadits riwayat Imam Abu Nuaim

Dan ditambah dengan "Melihat Ka'bah." - Hadits riwayat Imam Abu Daud

Thursday, May 5, 2011

Salah Satu Daripada Khutbah-Khutbah Rasulullah SAW

"Wahai manusia, marilah ke Tuhan kalian. Sesuatu yang sedikit dan mencukupi lebih baik daripada yang banyak dan membuat lalai. Wahai manusia, hanya ada dua jalan, yaitu jalan kebaikan dan jalan kejahatan. Apa yang membuat kalian lebih menyukai jalan kejahatan daripada jalan kebaikan?" - HR Thabrani

"Beruntunglah orang yang masuk Islam, hidup apa adanya dan ia merasa redha."
- HR Tirmidzi dan Hakim

Wednesday, May 4, 2011

Sharing For 4/5/2011

"Andai seorang mujahid itu gugur syahid, maka dengan izin Allah, pasti akan lahir beribu mujahid yang lain..." - Taken from my friend's status on Facebook

Tuesday, May 3, 2011

Kematian Osama bin Laden : Respon Saya (Tuan Guru Nik Abdul Aziz)

by Nik Abdul Aziz Nik Mat on Tuesday, May 3, 2011 at 3:35pm

1) Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

2) Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.

3) Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.

4) Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

5) Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?
Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M


Taken from:
http://www.facebook.com/notes/nik-abdul-aziz-nik-mat/kematian-osama-bin-laden-respon-saya/223571024327139

Monday, May 2, 2011

Sharing For 5/2/2011

Rasulullah SAW bersabda: "Andaikan hati Bani Adam tidak dikelilingi syaitan, mereka mampu melihat kerajaan langit." - Hadits riwayat Imam Ahmad

Pentingnya membersihkan hati, implikasi menajamkan mata hati, insya-Allah. Jaga lah hati, lantera hidup ini.


Thanks to my friend who shared the above on Facebook.

Sunday, May 1, 2011

How Many Men Are You Worth?



Zubair ibnu Awwam = 1,000 men